Saturday 28 December 2013

Peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia

        Dalam menongkah arus globalisasi, negara kita telah berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain kerana kepesatan pembangunan negara semakin membangun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, negara kita sering digembar-gemburkan dengan polemik-polemik kekeluargaan yang semakin membusung nanah dari hari ke hari. Isu-isu seperti ini sering dikaitkan dengan negara-negara yang membangun marcapada. persoalannya, apakah ubat yang paling mujarab untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi duri dalam daging kepada negara kita?

        Sebagai pembuka bicara, marilah kita melensakan peranan ibu bapa dalam mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa marcapada terlalu mengejar kekayaan duniawi telah menyebabkan anak-anak mereka tersisih dari ibu bapa meraka. Ibu bapa seyogianya mengambil alpukah drastik dengan mengambil berat tentang anak-anak mereka teruatama dalam globalisasi marcapada. Anak-anak diibaratkan kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi meraka agar menjadi insan yang berguna. Ibu bapa seyogianya meluangkan masa bersama anak-anak meraka agar dapat mendengar luahan hati anak mereka. Oleh itu, mereka akan rasa disayangi dan tidak berasa tersisih.

         Jika ditelusuri dari dimensi yang lain pula, ibu bapa harus memantau perilaku anak-anak meraka dalam usaha mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa harus melihat perilaku anak-anak sama ada positif atau negatif. Anak-anak yang melakukan perilaku positif haruslah diberi pujian, manakala anak-anak yang melakukan amalan negatif haruslah dinasihati dan diberikan didikan agama agar mereka tidak lagi menconteng arang ke muka ibu bapa. Anak-anak yang berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak akan terjebak daklam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa mereka.

        Di samping itu, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak meraka sendiri. Mereka harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak meraka agar dapat dicontohi kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Contohnya, ibu bapa haruslah berlemah-lembut dan berinteraksi dengan sopan antara satu sama lain. Apabila sikap mahmudah ini sering ditonjolkan untuk diteladani oleh anak-anak meraka , nescaya kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga dapat dinikmati hingga akhir hayat. Sebaliknya, ibu bapa haruslah mengelakkan diri daripada mempamerkan sihat mazmumah kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak meraka.

          Jika disingkap dari tirai yang lain pula, ibu bapa yang baik adalah meraka yang mendahulukan urusan ukhrawi terlebih dahulu daripada urusan duniawi. Sebagai contoh, membawa anak-anak ke masjid, menghantar mereka ke kelas agama dan siolat berjemaah. Apabila anak-anak diberikan didikan agama, mereka akan mendapat panduan hidup yang lebih baik dan seterusnya melahirkan insan yang bitara. Tambahan pula, anak-anak marcapada sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi yang membusung nanah dari hari ke hari. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam jiwa mereka sejak meraka masih kecil lagi.

         Akhirulakalam, jelaslah di sini bahawa ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam melahirkan keluarga bahagia. Golongan cerdik pandai pernah berkata "mendidik anak-anak umpama menanam biji benih, ianya harus dibaja, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang". Walaupun bergitu, mereka juga harus ditegur jika melakukan sesuatu kesalahan. Bak kata pepatah sayangkan anak tengan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalakan. Semoga ahrapan negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan untuk membangun imej negara di persada dunia.
        

Saturday 21 December 2013

Dey.. mana semua orang pergi?!!

Salam readers,
akhir-akhir ni teman rasa tak tenteramlah. Aku tengok ramai budak-budak lepasan SPM dah mula buat sesuatu untuk masa depan or sebelum melangkah ke alam universiti. Ada yang pergi ke kelas BI,kelas memasak, kelas menjahit dan banyak lagilah. Alah.. Kira menjahit dan memasak tu untuk masa depanlah :p

Ada juga yang akan pergi ke kelas IELTS, MUET kiranya sebagai persediaan ke universiti nanti . Bila aku tengok kawan-kawan fb aku yang tengah selidik universiti mana yang diorang akan pergi dan jurusan apa yang diorang akan amik, aku rasa berdebar pulak. Ceh! Maklumlah, aku ni asasi, diploma, sarjana and so on tu pun aku tak tahu kebendanya.  Yeah itulah aku! Mundur dari segala-galanya. Hm.. Semua benda taktahu.



Dalam masa 3 minggu ni aku rasa rutin harian aku bangun pagi, makan, layan tenet, facebook, youtube,tengok tv pastu tidur. Itupun tidur lebih kurang dalam 12 malam sebab kusyuk sangat layan tenett. Haih..bosan sungguh hidup teman ni! Masa pulak cepat bebenor dia berjalan. Tuptup dah 3 minggu rupanya aku cuti dan dah 3 minggu ni jugalah aku tinggalkan sekolah. Bila aku tenung balik sepanjang aku cuti ni,  memang tak ada langsung benda yang berfaedah yang aku buat.



Sebenarnya en sebelum cuti macam- macam benda yang aku rancang aku nak buat lepas spm.Antaranya :

-buat blog bahasa melayu. Idea ni tercipta masa aku tengah baca karangan-karangan yang aku buat dalam      exam-exam sebelum ni lah. Dalam hati tu aku cakap 'best gak karangan aku ni. Tak sangka aku boleh buat karangan sebest ini' wakakakaka!
-nak menulis novel. Aku memang minat sangat baca novel. Pernah juga terfikir nak buat ceria cinta mengikut acuan aku sendiri.wkwkw! Tapi faktor kemalasan menjadi halangan prima!
-tengok Running Man dari satu episod ke satu episod tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi.
-Daftar kelas BI. Masih mencari..aku ni dah lah lemah bab-bab ni. Haih *sigh*
-Belajar memandu. Dalam pemprosesan. Lepas kelas KPP tu satu apa pun aku tak baca lagi. Faktor  kemalasan menjadi halangan perdana! 
-beli novel banyak-banyak(sudah dilaksanakan) tapi tak habis baca lagi semua novel yang aku beli.

Aku rasa aku kena buat something sebelum aku jauh kebelakang dari diorang. Aku dah bosan hidup camni, macam tak ada matlamat hidup je . Okay readers, sampai sini sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati seorang budak kuno yang apa pun dia tak tahu!


Friday 20 December 2013

Cara menghidupkan perpaduan kaum

             Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia mengenai slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang menjadi titik teras wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini dilakukan kerana rakyat Malaysia yang heterogen haruslah menyedari kepentingan perpaduan kaum agar kemakmuran negara dapat dikekalkan. Oleh itu, rakyat haruslah peka dan mengamalkan perpaduan kaum ini agar keamanan dapat dicapai dan seterusnya menjadi contoh kepada negara-negara heterogen yang lain.

             Sebagai pembuka bicara, langkah prima untuk membentuk perpaduan kaum ialah dengan mengadakan rumah. Rumah terbuka memainkan peranan yang sangat signifikan kerana rakyat Malaysia yang heterogen ini dapat berkumpul dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Amalan ini dapat mengeratkan silaturahim yang seterusnya dapat memperkukuhkan perpaduan kaum. Kesepaduan semangat yang ditunjukkan ini bakal membentuk nilai kasih sayang dan membina hubungan akrab antara rakyat pelbagai kaum.

             Selain itu, hidup dalam masyarakat yang heterogen ini ibarat aur dengan tebing. Hal ini demikian kerana setiap masyarakat haruslah saling membantu tanpa mengira kaum. Oleh itu, sebagai prakarsa untuk mewujudkan perpaduan kaum adalah dengan mengadakan amalan bergotong-royong. Amalan ini dapat menyatupadukan masyarakat dalam pelbagai lapisan untuk menyumbangkan tenaga mereka demi kebaikan bersama. Namun, rencah utama amalan sebegini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama kaum.

             Pada ghalibnya, setiap ibu bapa haruslah menjadi entiti mithali kepada anak-anak mereka. Dalam konteks ini, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan dalam menyemai semangat perpaduan ini. Sebagai contoh, ibu bapa seharusnya memperkukuh hubungan baik dengan jiran tetangga dengan menghadiri perayaan-perayaan kaum-kaum yang lain. Ibu bapa juga seharusnya memastikan anak-anak mereka dapat mempelajari serba sedikit mengenai perpaduan kaum di Malaysia agar keharmonian negara dapat terus dicapai dari generasi ke generasi yang akan datang.

              Seterusnya, pihak sekolah juga memainkan peranan signifikan dalam menerapkan aspek-aspek perpaduan dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, aktiviti kokurikulum, sukan tahunan, program Maju diri dan sebagainya. Hal ini amatlah penting kerana ia dapat melahirkan nilai-nilai perpaduan dan mewujudkan adiwangsa yang cakna antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Tambahan  pula, pihak sekolah haruslah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan agar pelajar dapat mensyukuri dan mewarisi keamanan dari nenek moyang mereka terdahulu yang berusaha menyatukan hubungan sesama mereka tanpa mengenal kaum.

            Sesungguhnya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung merupakan ungkapan signifikan untuk menyemai semangat cinta akan negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita seyogianya berasa bangga kerana dilahirkan dalam sebuah negara heterogen yang aman tanpa ada rusuhan kaum. Generasi marcapada haruslah bersusaha menerapkan nilai-nilai perpaduan diri mereka agar keharmonian nusa dapat dikekalkan kerana mereka adalah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.




Thursday 19 December 2013

kelas kpp

Akhirnya.. cuti yang panjang ni dapatlah aku isi dengan sesuatu yang berguna. Hari Khamis (semalam) aku pergi ke kelas memandu. Aku pergi dengan Amira dan Nasha. Nasib baik ada kawan . Kalau tak aku rasa macam orang blurr je kat sana. Waktu pagi tu sebelum subuh aku bersalaman dengan nenek aku, Mak Yang dan Kak Hairun sebelum mereka balik ke Pahang. Kak Hairun memang baik! Kalaulah aku ada kakak kan best . haha

Okay, kembali kepada kelas memandu. Sampai je tempat yang aku daftar memandu, aku dah nampak Amira dan Nasha. Selang beberapa minit, kitorang dibawa oleh sebuah van ke tempat KPP tu . Dalam van je aku dah mengantuk, apatah lagi masuk kelas nanti. Haih.. harap-harap penceramah tu tak membosankanlah sebab aku takut kalau-kalau aku terbuat air liur basi dalam kelas tu nanti. lol

Lebih kurang 30 minit kitorang dah sampai ke tempat tu. Ramai jugalah orang. Ada juga makcik-makcik yang baru nak amik lesen memandu. Bak kata orang 'kalau nak cari ilmu tu memang tak kira umur'.Aku, Amira, Nasha dan budak-budak yang lain terpaksa tunggu kat luar kaunter sebelum mendaftar. Tunggu punya tunggu tetiba terdengar suara pakcik cina menjerit.

"woi, you nak pergi mana? sinilah! haiyaaa..tahu nak ikut perempuan je!!"

Mak aihh .Kasar bangatt. Aku tenung budak yang kena marah dengan pakcik cina tu. Kesian pun ada juga.Yelah..dah lah dua orang je . Kalau ramai takpe lah juga, ada geng! Hm.. tak dapatlah aku bayangkan macam manalah hidup aku nanti.Sebenarnya sebelum daftar lesen, aku cari kat internet pengalaman mereka-mereka yang dah daftar lesen memandu. Kebanyakan cakap guru memandu garang lah, baru first time dah suruh memandulah dan macam-macam cerita buruk lagi yang aku dengar. *sigh*

Lepas dah daftar tu, aku dan Nasha terus masuk ke kelas. Aku ingatkan kelas sebesar dewan, rupanya sebesar bilik aku je. Masuk je kitorang terus cari tempat. Dahlah ramai orang, terkebil-kebil aku dan Nasha cari tempat kosong yang boleh duduk 3 orang. Maklumlah, aku, Amira, Nasha datang sama-sama, so kalau boleh duduk pun kenalah sama-sama. Puas mencari akhirnya terpaksalah duduk baris kedua. Aku memang tak suka duduk depan-depan ni tapi dah terpaksa. Semua orang dok pandang aku dan Nasha. Dalam hati tu nak je cakap,'asal pandang-pandang? Tak pernah tengok orang duduk ehhh?' tak selesa bebenor hati teman ni!  -.-

Kelas KPP berlangsung selama 5 jam. Nak cakap bosan tak juga. Sederhana je rasanya. Sebab penceramah tu jenis yang lawak jugaklah. Tapi bila penceramah tu buat lawak, ntah kenapa aku tak ada mood nak gelak. Mungin ngantuk atau aku tak berapa nak dengar dia cakap .Suara dia halus sangat. Maklumlah, duduk tepi dinding. Aku tengok Nasha dok tersengih-sengih macam kerang busuk dengar penceramah tu cakap. Dah buang tebiat ke apa dak ni ?

Akhirnya, habis juga kelas KPP. Overall aku rasa macam berada dalam dunia yang lain. Mungkin sebab aku tak biasa dengan orang-orang kat situ yang agak garang (bagi aku) dan cara layanan diorang yang agak tegas. Aku jarang jumpa dengan orang-orang yang macam ni. Setakat ni, orang/pekerja-pekerja yang paling peramah yang aku jumpa masa kat hospital Universiti Malaya. Boleh dikatakan semua jururawat dan doktor kat situ mesra-mesra belaka. Diorang layan pesakit diorang macam family sendiri. Yang kedua, guru/pekerja kat tempat tuisyen aku. Dari pencuci tandas sampilah ke guru-guru tuisyen, semuanya tak lokek dengan senyuman.

Aku anggap ni sebagai cabaran bagi aku. Ni baru ujian KPP, belum lagi ujian memandu. Harap-haraplah aku tak dapat guru memandu yang garang tahap gaban. huh! -___-


Thursday 12 December 2013

Ayat Gramatis/ Ayat Menarik

adiwangsa-bangsa mulia
atma-jiwa
cakna-ambil berat
dinamis-budaya saing
jembel-miskin
jerayawara-pameran/ceramah
enteng-ringan
jagatraya-seluruh dunia
holisitik-menyeluruh
pragmatis-praktikal
pidana-kejahatan
kebejatan-kejatuhan/keruntuhan
nafsi-pentingkan diri
signifikan-penting
rencah utama-langkah utama
uslub-cara
wasilah-ikatan
sakinat-ketenangan
sirna-hilang
seantero-seluruh
seyogia-seharusnya/seharusnya
kendatipun-meskipun
nawaitu diri-niat
polemik-isu
pentas siasah-tempat politik
portfolio-tugas
falah-kejayaan
bersilengeh- sikap tidak tahu
praja-kota
walakin-walaupun
prakarsa-langkah
pramusaji-pelayan
linglung-hilang ingatan
mendabik dada-sombong
anjakan paradigma-perubahan
pandangan sarwa-pandangan umum
aforisme-bak kata pepatah
obligasi-bertanggungjawab
bitara-bijaksana
bacul-tidak semangat
marcapada-pada zaman ini
jika ditelusuri-jika dikaji
alpukah-langkah/ strategi
badai kehidupan-masalah
membusung nanah-semakin kritikal
simbiosis-perkaitan


Blog Baru!

This is my new blog..
Blog lama tak boleh buka, sebab aku tak ingat password dan email nya . haih . ini semua kes komputer rosak. Habis semua data-data kat komputer ni orang tu tukar . Tapi aku masih mengekalkan imej blog lama kat blog baru ni . Apapun, i'm gonna miss you, Hanya Coretan Kertas Kosong (http://filyanie.blogspot.com/) :/  !! hahaha emo jap -.-



By the way, blog aku yang baru ini, bukan sahaja mengenai story of my life. Tapi aku buat blog ni untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi SPM. So, blog ini juga merangkumi karangan-karangan Bahasa Melayu. Sebab itulah aku menamakan blog ini MY KARANGAN. Sebenarnya, hasrat nak buat blog karangan ni memang dah ada sejak sebelum SPM haritu. Disebabkan cikgu aku selalu puji karangan aku bagus, so apa kata aku buat blog karangan-karangan BM ni . Bukan niat untuk membangga diri, tapi sebagai untuk mengisi masa lapang cuti sekolah yang panjang ni sebelum result spm menjelma . haha Lagipun aku takdapat PLKN. So, enjoyy  :)