Saturday 28 December 2013

Peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia

        Dalam menongkah arus globalisasi, negara kita telah berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain kerana kepesatan pembangunan negara semakin membangun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, negara kita sering digembar-gemburkan dengan polemik-polemik kekeluargaan yang semakin membusung nanah dari hari ke hari. Isu-isu seperti ini sering dikaitkan dengan negara-negara yang membangun marcapada. persoalannya, apakah ubat yang paling mujarab untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi duri dalam daging kepada negara kita?

        Sebagai pembuka bicara, marilah kita melensakan peranan ibu bapa dalam mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa marcapada terlalu mengejar kekayaan duniawi telah menyebabkan anak-anak mereka tersisih dari ibu bapa meraka. Ibu bapa seyogianya mengambil alpukah drastik dengan mengambil berat tentang anak-anak mereka teruatama dalam globalisasi marcapada. Anak-anak diibaratkan kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi meraka agar menjadi insan yang berguna. Ibu bapa seyogianya meluangkan masa bersama anak-anak meraka agar dapat mendengar luahan hati anak mereka. Oleh itu, mereka akan rasa disayangi dan tidak berasa tersisih.

         Jika ditelusuri dari dimensi yang lain pula, ibu bapa harus memantau perilaku anak-anak meraka dalam usaha mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa harus melihat perilaku anak-anak sama ada positif atau negatif. Anak-anak yang melakukan perilaku positif haruslah diberi pujian, manakala anak-anak yang melakukan amalan negatif haruslah dinasihati dan diberikan didikan agama agar mereka tidak lagi menconteng arang ke muka ibu bapa. Anak-anak yang berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak akan terjebak daklam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa mereka.

        Di samping itu, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak meraka sendiri. Mereka harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak meraka agar dapat dicontohi kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Contohnya, ibu bapa haruslah berlemah-lembut dan berinteraksi dengan sopan antara satu sama lain. Apabila sikap mahmudah ini sering ditonjolkan untuk diteladani oleh anak-anak meraka , nescaya kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga dapat dinikmati hingga akhir hayat. Sebaliknya, ibu bapa haruslah mengelakkan diri daripada mempamerkan sihat mazmumah kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak meraka.

          Jika disingkap dari tirai yang lain pula, ibu bapa yang baik adalah meraka yang mendahulukan urusan ukhrawi terlebih dahulu daripada urusan duniawi. Sebagai contoh, membawa anak-anak ke masjid, menghantar mereka ke kelas agama dan siolat berjemaah. Apabila anak-anak diberikan didikan agama, mereka akan mendapat panduan hidup yang lebih baik dan seterusnya melahirkan insan yang bitara. Tambahan pula, anak-anak marcapada sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi yang membusung nanah dari hari ke hari. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam jiwa mereka sejak meraka masih kecil lagi.

         Akhirulakalam, jelaslah di sini bahawa ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam melahirkan keluarga bahagia. Golongan cerdik pandai pernah berkata "mendidik anak-anak umpama menanam biji benih, ianya harus dibaja, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang". Walaupun bergitu, mereka juga harus ditegur jika melakukan sesuatu kesalahan. Bak kata pepatah sayangkan anak tengan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalakan. Semoga ahrapan negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan untuk membangun imej negara di persada dunia.
        

3 comments: