Wednesday 26 February 2014

usaha-usaha meningkatkan prestasi atlet negara



Usaha meningkatkan prestasi atlet negara kita:

  • kerajaan mencungkil bakat-bakat muda dari bangku sekolah
  • pengambilan jurulatih serta pengambilan import
  • para atlet didedahkan dengan kejohanan antarabangsa dengan lebih kerap
  • program-program pembangunan atlet


Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia mengenai isu prestasi atlet negara kita yang semakin merosot dari hari ke hari. Isu yang seolah-seolah menjadi duri dalam daging di negara kita ini semakin membusung nanah dari semasa ke semasa. Pelbagai alpukah drastik yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menangani isu yang mula menjadi tajuk utama dalam negara kita.

Antara langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan prestas atlet negara kita ialah kerajaan haruslah memulakan langkah untuk mencungkil bakat-bakat muda dari bangku sekolah. Hal ini amatlah signifikan kerana terdapat ramai anak muda yang mempunyai bakat yang terpendam tetapi tidak diserlahkan kerana tidak mempunyai pembimbing yang boleh membimbing mereka untuk mengasah bakat mereka. Jika diasah dan dibimbing, nescaya negara kita dapat melahirkan adiwangsa yang dapat mengharumkan nama negara di arena sukan antarabangsa.

Selain itu, para atlet haruslah didedahkan dengan kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Langkah ini amat penting kerana ia merupakan rencah utama untuk menaikkan semangat kesukanan dalam kalangan mereka. Suatu ketika dahulu, para atlet boleh sepak Malaysia telah menggegarkan seantero dunia apabila menjadi juara dalam Piala Suzuki. Sejak dari peristiwa itu, bola sepak negara kita yang semakin malap sinarnya kini semakin bercahaya. Walaupun begitu, prestasi mereka semakin tidak memuaskan apabila sering tewas dengan negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan harus juga memaparkan kemenangan yang pernah diperoleh mereka dahulu agar ia menjadi inspirasi untuk menaikkan nama sukan negara.

Di samping itu, pengambilan jurulatih serta pengambilan pemain import merupakan prakarsa utama memantapkan cara-cara bermain yang lebih kuat oleh atlet-atlet negara kita. Pengambilan jurulatih dari luar negara yang mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dapat membimbing para atlet negara kita supaya dapat melakukan anjakan paradigma terhadap cara permainan mereka. Pemain-pemain import yang dibawa masuk dari luar negara diharapkan dapat menaikkan imej kesukanan yang kukuh di negara kita.

Seterusnya, program-program pembangunan atlet haruslah sentiasa dilakukan untuk menyemai semanat kesukanan ke dalam diri mereka. Semangat kesukanan yang semakin pudar dalam kalangan atlet negara kita haruslah ditingkatkan agar imej sukan negara kita tidak dipandang rendah oleh negara-negara luar yang lain. Usaha-usaha penerapan nila-nilai murni haruslah dilakukan memandangkan isu-isu jenayah yang melibatkan para atlet marcapada dapat dikurangkan.

Secara tuntasnya, langkah-langkah ini haruslah dilakukan dengan segara agar negara-negara luar tidak memandang enteng terhadap para atlet negara kita. Diharapkan, dengan langkah-langkah ini, ia dapat membawa kembali kepada kegemilangan yang pernah kita kecapi dalam arena sukan dan merealisasikan slogan 'Majulah Sukan untuk Negara'.





5 comments: